Baru-baru ini, seluruh dunia Islam gempar dengan kenyataan-kenyataan yang terpapar di media-media massa berbunyi “ Sheikh Azhar Haramkan Purdah”. Pastinya pihak Sisters ‘Out Of’ Islam, Islam Liberal dan puak-puak yang seangkatan dengannya menggunakan kenyataan tersebut untuk kepentingan mereka. Akhbar-akhbar Internet di Mesir juga menggunakan istilah ‘Ban’ yang bererti melarang untuk mengeluarkan kenyataan Al-Fadhil Sahibul Ilm Wa Al-Maqam Sheikh Tantawi, Sheikhul Azhar.
Namun, saya tertanya-tanya, benarkah Sheikh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa? Saya sangat menghormati ulama’ jadi saya percaya Sheikh pasti tidak akan mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang alasan yang munasabah. Rupa-rupanya, kenyataan yang Sheikh keluarkan berbeza langsung dengan kenyataan di media. Kisah ini saya dapatkan dari seorang senior di Mesir ini yang cukup terkenal dengan kefaqihannya dan kedekatannya dengan ulama’-ulama’ di sini.
Suatu ketika, Sheikh sedang melawat salah satu sekolah daripada beberapa banyak sekolah di bawah pengurusan Al-Azhar, yang mana sekolah ini khas untuk perempuan. Dalam satu kelas yang mana semua muridnya adalah perempuan yang belum akil baligh dan gurunya juga perempuan, beliau terlihat salah seorang murid memakai purdah. Beliau menyuruh murid tersebut menanggalkannya, atas alasan di dalam kelas yang semua perempuan, gurunya juga perempuan, dan si pemakai juga belum akil baligh. Murid tersebut membantah, gurunya juga membantah, namun Sheikh tetap menyuruh pelajar tersebut menanggalkannya.
Begitulah kisahnya. Perlu difahami oleh semua bahawa Sheikh Tantawi merupakan salah seorang Sheikh Azhar. Di Mesir, gelaran ‘Sheikh’ hanya diberi kepada orang yang telah alim dalam pelbagai bidang agama, berbeza dengan gelaran ‘Ustaz’ yang diberi kepada orang yang mahir dalam satu bidang sahaja. Oleh itu, beliau lebih tahu hukum, kebaikan dan tujuan pemakaian purdah. Tujuan saya membawa isu ini adalah untuk memberi kefahaman bahawa Sheikh tidak mengharamkan purdah sama sekali seperti yang dimomokkan oleh media massa, tetapi Sheikh menyeru supaya memakainya sesuai dengan tempatnya. Jika di tempat awam yang ada lelaki, tiada masalah memakai purdah. Mudah-mudahan tiada pihak yang memutar belit kenyataan Sheikh selepas ini.
Sekian dari saya…
Assalamualaikum.
BalasPadamerm,tQ atas info ni.org ada baca artikel psl ni dlm akhbar.masa mula2 tu,org konfius gak.tp dgn penjelasan ni,org phm.tQ for make it clear!!wallahualam..
syukran ziarah..nak faham lebih lanjut, lawati site nie.
BalasPadamhttp://hairulnizammathusain.blogspot.com/2009/10/kenyataan-rasmi-manhal-pmram-berkenaan.html
ni site sorg ustaz yg sedang bljr master di al-azhar. mgkn blh dpt penjelasan lebih lanjut