Ahad, Januari 03, 2010

Suatu Kehilangan Bagi Diriku


Assalamualaikum W.B.T

Inna Lillah wa Inna Ilaihi Raji'un

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

Hadiahkan Al-Fatihah buat Al-Marhum Ustaz Mohd Hidayatussaufi Bin Mohd Khalid, aktivis PMRAM dan BKPJM dan seorang sahabat yang rapat dan selalu membantu saya dalam kerja-kerja saya di sini. Mudah-mudahan Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama para Anbia', Shuhada', Awlia', Ulama', dan Solihin, Amin Ya Rabbal Alamin.

Kematian merupakan lumrah. Tetapi kehilangan ini sangat terasa bagi diri saya. Mudah-mudahan Allah menjadikan saya tabah menghadapi kehilangan ini.

Sekalung takziah buat keluarga Us Saufi.

Kepada semua, anggaplah ini sebagai peringatan kepada kita. Kita tidak tahu bila dan di mana kita akan mati. Tetapi, yang pasti kita akan mati. Oleh itu, bersedialah menghadapinya.

Saya mengimpikan mati Syahid. Berilah aku mati Syahid Ya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Komen